CHENGDU: Pemain profesional negara Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri menjelang saingan suku akhir Piala Thomas 2024, selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Pemain di ranking ke-10 dunia itu berkata masih terdapat jurang antara dia dan Axelsen yang menyaksikan jaguh dari Denmark itu menang 21-16, 24-22 dalam perlawanan terakhir peringkat Kumpulan D, menyaksikan Malaysia tewas 2-3.
"Perlawanan hari ini banyak kena perbaiki lagi. Saya juga letak sasaran peribadi terlalu tinggi dan menjangkakan saya bermain lebih bagus hari ini.
"Semua tahu dua tiga tahun kebelakangan ini, saya mengalami prestasi yang turun naik dan bergelut mencari rentak diri. Saya tidak berpuas hati dan masih banyak boleh diperbaiki," katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.
Sementara itu, pemain beregu lelaki negara Aaron Chia mengakui keliru dengan panggilan kontroversi oleh hakim servis yang mendakwa dia melakukan 'spin serve' ketika mendahului 19-15 pada set kedua.
Bagaimanapun Aaron berkata tumpuan mereka tidak terjejas dengan kontroversi berkenaan dan mengakui mendahului dengan kedudukan selesa membuatkan mereka lebih tenang untuk menyumbang mata pertama buat Malaysia dengan kemenangan 17-21, 21-17, 21-16.
Teknik spin serve atau servis putaran bulu tangkis dilarang sementara di semua kejohanan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), iaitu teknik pemain memegang bulu tangkis dan menguisnya dengan jari hantu sebelum memukul dengan raket yang menambah putaran dan menyukarkan lawan membalas pukulan.
Nur Izzuddin Rumsani yang bergandingan dengan Goh Sze Feri untuk mata kedua skuad negara berharap mereka dapat meneruskan rentak kemenangan hari ini, pada saingan suku akhir nanti.
Pemain perseorangan di ranking ke-233 Justin Hoh yang mempamerkan aksi membanggakan apabila tidak memberikan jalan mudah kepada Rasmus Gemke sebelum tumbang 13-21, 21-19, 13-21 kepada pemain di ranking ke-26 itu mengakui mendapat pengajaran bermakna dalam aksi berintensiti tinggi.
Pemain berusaia 20 tahun itu turut mengakui pada set ketiga, dia sukar menandingi kepantasan Gemke sekali gus akur tidak dapat menyumbang mata kemenangan buat pasukan negara.
Malaysia yang sudah mengesahkan tempat di suku akhir, memulakan kempen Piala Thomas 2024 dengan bergaya selepas meraih kemenangan 5-0 masing-masing menewaskan Hong Kong pada Sabtu dan Algeria pada Isnin.
Denmark pula bermula dengan rentak kemenangan mengatasi Algeria pada Sabtu dan Hong Kong pada Isnin, masing-masing kemenangan 5-0.
Piala Thomas 2024 berlangsung sehingga 5 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024
Zii Jia ketika menentang pemain Denmark Axelsen pada saingan Kumpulan D Kejohanan Badminton Piala Thomas 2024 di Pusat Sukan Chengdu High-tech Zone. - Foto BERNAMA
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Axelsen yakin masih 'berbahaya'
Pemain nombor satu dunia Viktor Exelsen tidak berasa tertekan walaupun mengalami kemarau kejuaraan sejak lima bulan.
Wei Chong-Kai Wun akui perlu baiki tahap kekuatan mental
Tahap mental yang kurang mantap dilihat menjadi salah satu punca utama beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun bergelut dengan prestasi pada tahun ini.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Leong Jun Hao pamer semangat juang tinggi sebelum tewas
Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, mempamerkan semangat juang tinggi walaupun tewas kepada pemain tuan rumah, Li Shi Feng, dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu sebentar tadi.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Piala Thomas: Taiwan lakar kejutan singkir Denmark untuk mara ke separuh akhir
Kejayaan sensasi itu menyaksikan Taiwan berdepan Indonesia dan Malaysia menentang China di pentas separuh akhir pada jam 5 petang hari ini.